Pengenalan Bisnes dan khidmat yang ditawarkan

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama menulis, mungkin ada sesetengah sahabat pembaca yang tak tahu apa yang Kak Dee sedang perjuangkan untuk masyarakat dan orang ramai. Kak Dee, sukakan kecantikan dan of course sentiasa nak sihat. Sesekali diuji dengan masalah kesihatan itu adalah untuk mengajar kita menghargai nikmat sihat yang mahal harganya.

Kalau kata supplement dan makanan untuk kesihatan, mak Kak Dee memang sentiasa bekalkan untuk Kak Dee dari zaman sekolah lagi macam Madu, Habbatussauda, Air Za'faran, Kopi kesihatan untuk sentiasa cergas dan sebagainya. So Kak Dee memang dari awal terdedah dengan supplement ni. Selain dari tu, Kak Dee juga amalkan Homeopathy untuk kesihatan.

Semasa Kak Dee praktikal, Kak Dee mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk sampai nak angkat muka pun malu. Macam-macam produk yang Kak Dee cuba untuk hilangkan masalah yang Kak Dee hadapi tapi hampa. Beribu-ribu ringgit Kak Dee habiskan kalau digabungkan semua perbelanjaannya. Sampailah Kak Dee jumpa Shaklee.

Dengan Shaklee, Kak Dee rasa selesa walau effect dia lambat sikit sebab Kak Dee perlu melalui fasa healing crisis. Kak Dee selalu study pasal Shaklee ni dan lama kelamaan Kak Dee rasa sayang pula nak tukar ke produk yang lain sebab Shaklee mempunyai ujian klinikal dan telah mengeluarkan beribu-ribu kajian. Shaklee bukanlah sebarangan produk yang hanya mengambil masa yang singkat dah terus keluarkan sesuatu produk. Ia mengambil masa yang lama untuk memastikan sesuatu produk itu betul-betul berkualiti dan semulajadi setelah melalui beribu-ribu fasa kajian.

Salah satunya ialah Nutriferon yang hanya dikeluarkan setelah kajian selama 40 tahun dilakukan! Ini menyebabkan Kak Dee jadi begitu yakin untuk berkongsi kebaikan yang Kak Dee rasakan dan lalui dengan orang ramai. Kajian mendapati orang yang mengambil Shaklee secara konsisten tidak akan mengalami masalah sampingan seperti sakit buah pinggang, sakit jantung, kencing manis dan berbagai sakit kronik yang lain. Malah, apa yang mereka dapat ialah, kesihatan mereka semakin baik dari sehari ke sehari. Ini adalah kerana Shaklee mengutamakan kesemulajadian tanpa mengubah genetik sesuatu tumbuhan untuk menghasilkan vitamin dan mineral buat kita. Malah, Omega Guard yang dihasilkan dari minyak ikan juga dipastikan bebas bahan kimia berbahaya seperti plumbum dan sebagainya dan pati minyak ikan inijuga bukan pati sebarangan. Ia dihasilkan dari ikan laut dalam yang berdaya tahan sejuk dan tahan lasak.

Selaras dengan falsafah pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C Shaklee, ia mengutamakan kesemulajadian. Jadi, semua produk yang dikeluarkan ditekankan dengan motto "Always Safe, Always Work, Always Green". Kak Dee sangat suka nak bantu semua orang lain yang tak tahu lagi tentang Shaklee ni untuk buka mata dan minda yang kita tak boleh harapkan makanan seharian kita semata-mata untuk sihat. Pasti ke yang sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita ambil tu cukup nutrisi dan kandungan vitamin, mineral dan zat besinya?

Suka untuk Kak Dee bantu orang lain jadi sihat dan cergas serta bebas penyakit merbahaya akibat pencemaran dan radikal bebas yang berleluasa sekarang ni. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bila sihat, kita pun gembira. Sesekali diuji dengan masalah kesihatan itu normallah, kan? Nanti kita terlupa pula rasa nak bersyukur dengan nikmat kesihatan. Betul?

Kak Dee juga sedia bantu orang ramai yang ingin menambah pendapatan dengan cara berbisnes dengan Shaklee. Apa yang seronoknya, siapa sahaja yang menjadi ahli di bawah Kak Dee akan dimasukkan ke dalam group khas yang memberi pelbagai tips, berkongsi pelbagai info dan bertukar-tukar pendapat. Selain berbisnes, kita juga akan mengembangkan ukhuwah dan memantapkan amalan rohani. Bergerak secara berjemaah itu lebih baik dari berseorangan.

Shaklee tak terlepas dari menawarkan pelbagai bonus yang menarik atau lebih dikenali sebagai 3C iaitu Cash, Car Bonus, dan Convention. Yang ni akan diceritakan secara lanjut di dalam group bagi mereka yang join ahli di bawah Kak Dee.

Ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang kecantikan dan kesihatan dengan Shaklee atau nak tahu lebih dalam lagi tentang berbisnes dengan Shaklee, boleh contact Kak Dee. Kak Dee sedia bantu. Jom kita sama-sama meroket dan membina empayar bersama.

Kak Dee 012-3473350
FB : Radhiah Abu

No comments:

Post a Comment