Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/ carian Google (jika gambar dari Google)
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tentang Shaklee.
Mungkin ada yang bertanya; kenapa Shaklee? Kenapa anda memilih Shaklee? Ada apa dengan Shaklee?
Ini adalah kerana Shaklee merupakan syarikat tambahan makanan
semulajadi No.1 yang ditubuhkan demi menyediakan kehidupan yang lebih sihat
untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa.
Apa perbezaan Shaklee dengan syarikat makanan tambahan yang
lain?
Tatkala orang ramai mengamalkan penggunaan plastik dan
bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi. Shaklee menjalankan
kajian dan mencari bahan-bahan semulajadi tulen untuk menghasilkan vitamin.
Malah, Shaklee telah mencipta ‘vitalized minerals’ (atau kini dikenali sebagai
Vitalea) iaitu multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915. Shaklee juga
antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di
dunia.
Sudah pasti anda begitu teruja dengan ciptaan dan hasil dari
Dr. Forrest C.Shaklee ini yang kemudiannya menubuhkan Shaklee Corporation pada
tahun 1956.
Kerana prinsip Dr. Forrest C.Shaklee yang sangat cintakan
kepada semulajadi inilah yang menyebabkan saya terus setia dan yakin untuk
menggunakan barangan Shaklee.
Jika anda memilih Shaklee, tiga perkara yang anda perlu tahu
ialah :
Shaklee sentiasa selamat. Shaklee sentiasa berkesan. Shaklee
sentiasa mesra alam.
Percayalah, tiga perkara ini telah terbukti selama lebih 50
tahun lamanya.
Shaklee menjamin keselamatan tanpa syarat kerana Shaklee
tidak menjalankan ujian kualiti pada kali pertama sahaja terhadap sesuatu
produk yang dikeluarkan tetapi lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun dan lebih
350 ujian dijalankan ke atas bahan-bahan botani yang baru. Ini menunjukkan
Shaklee sangat menjaga kualiti produknya dan sentiasa memastikan vitamin atau
barangan yang dikeluarkannya dijamin ketulenan dan keselamatannya. Shaklee
tidak meggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah, pembungkusannya juga
selamat dan bebas BPA.
Shaklee tidak hanya mendakwa produknya semata-mata tetapi
mempunyai bukti keberkesanannya. Lebih 300 juta USD telah dilaburkan dalam
ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Kajian 2007 Landmark yang dijalankan
dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah UC Berkeley Kesihatan Awam menunjukkan
bahawa orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang
ketara berbanding orang yang mengambil multivitamin dari jenama lain. Kalau
tidak berkesan, masakan atlet kelas dunia yang mengamalkan Shaklee demi memastikan
kesihatan tubuh badan mereka sehingga akhirnya telah menyumbangkan sebanyak 54
pingat emas?
Yang menariknya, apa yang menjadikan Shaklee sebagai
sentiasa mesra alam ialah bukan hanya sekadar pada produk yang dikeluarkan
semata-mata malah pada rekabentuk bangunannya juga. Ibu pejabat Shaklee di
Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik
kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee iaitu “Kehidupan yang Harmoni
bersama Alam Semulajadi”. Ini telah menjadikan Shaklee sebagai syarikat pertama
di dunia menerima pensijilan Iklim NeutralTM dan diperakui
sepenuhnya mengimbangi pelepasan sifar karbon yang menghasilkan kesan bersih terhadap alam
sekitar.
Jadi, mengapa saya tidak terus setia dengan Shaklee jika ia memberi pulangan kesihatan yang baik kepada saya? Malah, kepada anda juga. Apa yang perlu anda tahu, wang yang dilaburkan untuk mendapatkan produk Shaklee ini sangat berbaloi-baloi untuk anda Apa kata kita mulakan penjagaan kesihatan kita dengan produk yang sihat dan bersih mulai saat ini?
Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jika kita tidak mulakan
dari saat hari ini, bila lagi?
No comments:
Post a Comment