Pages

Perkahwinan Impian

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Bismillahirrahmanirrahim..

Tajuk saja nak bagi gempak sikit. Hehe..

Hari ini 21 Disember 2016. Tiga tahun yang lepas, sepatutnya ini tarikh asal nikah dan majlis sekaliarong satu hari. Tapi, imam yang nak nikahkan suami dan saya suruh cepatkan tarikh seminggu awal ke 13 Disember sebab dia nak pergi umrah dan imam tu yang beriya nak nikahkan kami juga. Maka, jadilah kami pengantin 3 minggu.

Nikah 13 Disember 2013
Majlis belah perempuan 21 Disember 2013
Majlis belah lelaki 28 Disember 2013



Ingat lagi masa tu nak balik kerja, mak call beritahu "Yah, imam suruh nikah minggu depan (13 Disember 2013)". Saya dah terkejut dah. Terus beritahu encik tunang (sekarang suami tercinta). Dia punya respon cool je. "Ok". Ok? Kita pulak yang gabra. Hehe. Alhamdulillah baju nikah dah siap. Kalau tak siap, buat naya je. Naseb baik juga sempat berkolagen Shaklee sebulan or 3 minggu awal sebelum tu sebab nak pastikan masa majlis nanti taknak make up tebal-tebal. Hehe.

Maklumlah, saya punya muka kan masa tu sangat teruk dilanda tsunami jerawat dan bekas jerawat. Dah macam-macam produk saya guna. Dari mahal ke murah, dari telan, sabun, sapu, pil, semualah! Cakap je apa sahaja produk yang bagus. Just name it. Saya akan cuba cari dan try. Tu yang agaknya lagi bertambah tak baik sebab dia dah bercampur-campur. Dengan yang tinggi kimianya tak usah cakaplah. Sampai saya jumpa Shaklee, saya jatuh cinta dengan Shaklee. Sebab apa? sebab harganya sangat berpatutan dan saya boleh telan. Saya pernah beli produk yang mahal dan saya rasa tidak puas hati.

Bila saya consume Shaklee ni, saya tengok ade sampai satu tahap dia stuck, tapi tak tahu kenapa, saya masih lagi nak cuba juga. Saya google dan saya jumpa puncanya saya kena buang toksin dalam badan supaya vitamin yang saya makan lebih mudah meresap dan bertindak. Jadi saya try Alfalfa dan saya try semula consume Kolagen. Masa ni baru ada perubahan. Ibu kepada Mummy Shaklee saya selalu tegur saya nampak ada perubahan setiap kali saya pergi ambil stok Shaklee di rumahnya. Kalau nak tahu teruk ke tidak keadaan wajah saya masa tu boleh tanya ibu Mummy Shaklee saya dengan Mummy Shaklee saya. Saya sangat malu waktu tu sampai confident level saya sangat down. Nak angkat muka pun malu. Dan saya pakai bedak tebal-tebal konon nak tutup jerawat saya. Huhu. Bila ingat balik, saya terfikir macamanalah aku boleh tahan pakai bedak tebal-tebal dulu sebab sekarang ni saya tak suka pakai tebal-tebal lagi dah sampai kalau boleh taknak pakai apa-apa. Saya lebih selesa muka saya dapat bernafas dengan tenang.


Ni gambar masa kulit wajah saya teruk sehingga ke fasa elok. Yang tudung merah tu sehari selepas majlis kahwin di rumah suami dan yang pakai tudung coklat bawah sekali belah kiri tu dalam seminggu dua sebelum nikah kalau tak silap saya. Dan, yang 2 gambar atas tudung hijau dan shawl coklat tu dah jadi tunangan orang. Bayangkan macamana penerimaan suami saya kini semasa kali pertama bertemu saya dalam keadaan wajah berjerawat macam tu. Malu dan rasa nak menangis bila diingat-ingat semula.

Nah, saya zoom sikit bagi lagi nampak. Ya Allah, betapa teruknya kulit wajahku yang dulu. 😱😱

Yang paling saya bersyukur, suami saya kini terima seadanya saya waktu mula-mula kami dipertemukan setelah hampir sebulan saya tidak memberi kata putus untuk ke step seterusnya iaitu bertaaruf selepas minta dia dan saya beristikharah. Pertemuan kami diatur oleh salah seorang saudaranya yang dihadiri oleh kakak dan abangnya serta pengaturcara majlis. Saya pula ditemani oleh seorang sahabat rapat. Itulah kali pertama kami bertemu di meja makan. Sedap tuuu..makan ikan bakar. Orang belanja pulak kan, lagilah sedap.Hehe.

Suami cerita, masa kali pertama jumpa, terlintas juga difikirannya kenapa actual tak sama dengan dalam gambar. (Gambar kan boleh menipu. Lagipun gambar tu gambar lama, time muka tengah elok, memanglah tak sama! Hehe). Tapi suami kata, takpelah. Dia berkenalan sebab nak bernikah. Bukan nak buang masa bercinta tak tentu hala. Itu yang kami berkenalan bulan 6, bulan 8 bertunang dan bulan 12 bernikah. Ya, kami kenal tak lama. Saya yakin dia lelaki yang baik untuk saya. Alhamdulillah dan InsyaAllah.

Terus terang waktu kami berjumpa tu memang muka saya tengah teruk dengan jerawat dan bekas jerawat. Masa saya bertunang pun muka masih lagi tak elok. Jadi saya yang stress muka tak elok lagi, try beli kolagen Shaklee. Tapi macam tidak berfungsi. Lalu saya fikir, mana silap saya? Saya dah tak boleh tunggu lama sebab majlis kahwin kian hampir. Tu yang terjumpa pasal detox. Then lepas detox saya teruskan semula dengan Kolagen. Barulah ade perubahan positif. Sejujurnya saya memang sangat tak boleh sabar. Saya nak result yang cepat. Padahal yang sebenarnya yang paling utama kena usaha dan sabar.

So, bagi anda yang bermasalah macam saya, bersabarlah. Kemudian usaha cari punca masalah. Kadang-kadang, vitamin tidak dapat berfungsi dengan baik dek kerana badan kita banyak toksin. Jadi kita kena detoks. Dan, ketika proses detoks akan berlaku healing crisis. Yang ni part paling ramai tak tahan sebab bila healing crisis berlaku, keadaan akan jadi makin teruk. Tapi jangan berputus asa sebab itu petanda yang baik menunjukkan badan anda sedang bertindak balas. Dan kemudian ia akan beransur pulih. Dan selepas itu anda akan kembali normal dan jalani kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Yakinlah, supplement Shaklee sangat semulajadi jadi anda tidak perlu risau jika healing crisis berlaku sebab dia tengah bekerja me'repair' semula sel badan anda yang dah lama rosak dek kerana macam-macam bendasing yang anda masukkan dalam tubuh badan anda.

Saya akan bantu anda untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik dan kulit yang lebih sihat. Ini semua kerana saya belajar melalui pengalaman. Saya akan bantu anda melalui pengalaman saya. Yakinlah.

Jom kita tengok apa Set Kecantikan Shaklee boleh bantu anda?

1. ESP
2. Vitamin C
3. Vitamin E
4. B Complex
5. Collagen Shaklee

Untuk pertanyaan dan konsultasi, call/whatsapp 012-3473350 (Radhiah Abu)

ESP penting untuk kulit

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)



Kenapa ESP penting untuk kulit? Sebab ESP ialah formula yang dicipta berasaskan soya yang mengandungi protein berkualiti tinggi.

Apa yang bestnya, ESP ini diiktiraf seluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. ESP ini hanya menggunakan kacang soya yang mengandungi 'non-GMO' yang diproses pada kadar suhu yang rendah.

Anda tahu apa itu 'non-GMO'?
Non-GMO ialah non-Genetically Modified Organism. Kan Shaklee sangat mementingkan kesemulajadian so, setiap vitamin atau produk yang dikeluarkan akan dipastikan tiada perubahan genetik yang akan berlaku semasa proses dilakukan. Best, kan?

Manfaat untuk kulit pula ialah :
✅ Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Seperti yang kita sedia maklum, protein adalah bahan utama dalam tubuh untuk pembentukan organ dan tisu dalam badan. Maka, setiap organ sangat-sangat memerlukan protein.

Kekurangan protein boleh menyebabkan :
⛔ Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit
⛔ Masalah lebihan air dalam badan
⛔ Perubahan warna rambut
⛔ Luka lambat pulih

Kulit mengambil masa selama 28 hari untuk diregenerasi. Iaitu sel pembentukan sel kulit baru akan terbentuk selepas 28 hari dan sel kulit lama akan mati. So, untuk dapatkan kulit yang cantik, konsistenkan pengambilan supplement dalaman dan luaran selama 28 hari sehingga 3 bulan iaitu 120 hari, so anda akan dapat lihat hasilnya.

Kita perlu jaga dalaman dan luaran untuk pastikan kulit kita sentiasa sihat.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang konsultasi, boleh terus hubungi 012-3473350.


Alfalfa Complex bantu masalah kulit

"Saya dah cuba macam-macam produk dari yang murah sampai yang mahal tapi hasilnya tetap sama, muka saya tiada perubahan"

"Saya dah cuba makan supplement X ni. Katanya supplement tu bagus. Ramai bagi feedback yang memberangsangkan tapi bila saya guna takde effect pun?"

"Saya dah makan berpuluh-puluh paket kolagen tapi kulit saya masih berjerawat"

⛔Sabar..sebenarnya anda ada dua kemungkinan:
❌Produk yang digunakan mempunyai bahan kimia berbahaya
❌Kulit anda sedang perlu didetoks

Melalui pengalaman saya yang pernah lalui masalah jerawat yang teruk satu masa dulu, saya back to natural product dan detoks. Saya ambil Alfalfa Complex.


🌲Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

🌲Alfalfa yang dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan" memiliki gred yang paling tinggi di kalangan alfalfa. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Tulah sebab dia digelar Raja Segala Tumbuhan.

🌲Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah capai tahap kematangan mutlak kerana ketika ini ia kaya dengan klorofil. Daun-daun yang matang ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian, daun-daun yang dikeringkan itu akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

✅Manfaat utama :

🌲Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan galian. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

🎀Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Haa..nampak tak tu, dia mencantikkan kulit. Kalau hati, usus dan darah dah didetoks, dah bersih, barulah bila makan supplement lain dia mudah diserap dan diproses.

🎀Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif.. Mungkin juga jerawat terjadi kerana kita alahan kepada sesuatu makanan so Alfalfa ni bantu untuk lawan alahan yang kita ada.

📞Nak order Alfalfa boleh terus contact 012-3473350.
💖SID 949172


Tingkatkan kesuburan dengan Vivix Shaklee

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Jika anda adalah orang yang telah berusaha dengan pelbagai cara untuk masalah kesuburan namun masih belum menampakkan sebarang hasil, jangan sedih dan menangis di tepi katil kerana masih ada cara lain. Ingat, Allah takkan hampakan hamba-Nya yang berusaha sedaya upaya. Dia akan beri dalam keadaan lambat atau cepat sahaja. Ini semua kerana Dia sayangkan hamba-Nya dan rindu mendengar rintihan hamba-Nya. Tiada yang mustahil bagi Allah.

Jadi, saya nak bantu anda tingkatkan kesuburan dengan baiki sel dalam badan kita dengan supplement premium Shaklee iaitu Vivix.




🌟 Vivix merupakan suplemen anti-oksidan yg bertindak memperbaharui dan membina sel daripada peringkat DNA badan seseorang

🌟 Vivix mempunyai kandungan resveratrol yg tinggi dan bertindak sebagai anti-oksidan yg kuat. Ini bermaksud tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah 'oxidative damage'.

🌟  Fungsi resveratrol adalah melindungi ovum yg belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage supaya mempunyai peluang yg lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan.


Khasiat ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung

Teks : Radhiah Abu
Foto : Radhiah Abu/Google (jika gambar dari Google)

Khasiat ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung



1)Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN!

Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.

2)Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi.

Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.

 3)Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita.

Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

See? Pentingkan protein untuk ibu hamil.

Sebagai alternatif, ibu boleh dapatkan sumber PROTEIN yang bermutu tinggi daripada ESP Shaklee.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-3473350 (call/mesej/whatsapp) dan dapatkan konsultasi percuma.